Thursday 15 March 2012

JPJ TEST (lesen kereta)

yah!!! hari nie,,15/3/2012..aq da ujian lesen memandu JPJ..perh,,cuak gak la..tapi wat muke slambe jew..aq dtg dgan harapan yg aq pat lulus test JPJ nie,,tapi lpas aq wat ujian tu ternyata sangkaan aq untuk lulus amat larh tinggi..

mula2 aq kene wat test bahagian bukit,parking dan tiga penjuru..alhamdulillah semuanya LULUS ,,yeahhh!!!!!
pastu aq kne wat bahagian jalan raya plak,,perh memng kne bnyak sabar btol,,aq kne tunggu 4 jam bru pat wat test tu,,dgn berkat kesbaran aq tunggu 4 jam tu larh aq dpat keputusan yg LULUS dan akhirnya dapat juga aq buat lesen kereta...hahahaahahahaa...

dah dpat lesen kereta tu nnti ntah dok umah ke x..hahahaha...blom2 ag da ad bnyak plan nk di buat..huhuhu!!!!!!

k larh,,tu je yg aq nk kongsikan..TENANG + PENAT = GEMBIRA... ^.^

Thursday 8 March 2012

hari gile aq..

hari ini 8/3/2012..hari yang memang gile bwat diri aq,,haha..knape aq ckap mcam tu..aq cetekan..

mula2 aq dah niat nk pegi gedangsa,tnjung mlim nie..ngah sdap lyan jalan yg sunyi tu tiba2 aq bnti tngok jalan da x de..hahaha...jlan da x de sbab banjir,,paras air nek lbih kurang 1/2 METER gak la..ad brothe2 yg jge jlan tu tnye 'ABG NK KEMANA??aq jwab nk blek kmpung kt tnjung malim,,(bohong sunat) semata2 nk jmpe seseorng..aq tnye kt brother tu,,abg boleh tlng anta saya kt seberang banjir tu x??dyorng kte owk,,aq ngan moto pown ikot la dyorang nek pcuan 4 roda dyorg tu snpy seberang banjir tu.. memang bez gle la,,

lpas tu aq mmg smngat sngt nk dtg tmpt dye jmpe dye,,nk smbng2..tp len yg jd,,aq x taw nk wat pe..mmg sdeyh siot td ble tgok muke dye camtu,,rse berslah sangat aq kt dye,,"SAYANG PLEASE FORGIVE ME" aq dtg bwak bnde yg nk bg kt dye tnde sayang ngan maaf aq kt dye,,tp dye wat muke dingin jew ngan aq,,

ntah knpe aq terus rse sdeyh sngt pastu aq trus blek dlam tngisan..aq blek ikot highway plus sbb nk ikot jlan dlam banjir..aq ckap memang gle la time aq ikot highway tu,,aq lenjan moto aq 160km/j smpy 180km/j gle an,,
lyan highway dgan lyan perasaan skali..smpy kt R&R rawang moto aq blow..dkat 20 minit tgak la aq tunggu petugas highway tu dtg..hahahaha

pas dyorng dtang aq ngan moto2 aq sklai dyorng angkut gi workshop kt area rawang tu..yg pling sdeyh wet gaji yg aq dpat nk belikan special present tuk si dia mlayang kt moto plak,,adoi...sory SAYANG..
dekt 4 jam lbih gak la nk tunggu moto aq siap..da siap tu aq trus je blek umah,,dlam prjlanan blek tu,,aq hayal,,seb bek x excident..huh,,kire than msih nk aq idop ag..

nie gambr2 aq time kne usung ngan brother2 yg jge jlan time banjir tu ngan kne usung ngan ptugas highway plus..hehe











Wednesday 7 March 2012

segalanya..

Jika kita mencintai seseorg tu,pasti kita akan sentiasa mendoakan dirinya walaupn dia tidak beada disisi kita..


Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan,dua tangan untuk memegang,dua telinga untuk mendengar,dan dua mata untuk melihat..tetapi mengapa tuhan menganugerahkan kita sekeping hati??sebab sekeping hati lagi tuhan telah berikan pada seseorang yang perlu kita cari..dan ITULAH CINTA..


Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih lagi ingin mencoba dan jangan seekali menyerah jika kamu merasa sanggup serta janganlah sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu tidak dapat melupakannya lagi..


Cinta itu akan datang pada orang yang mempunyai harapan untuk bercinta walaupun telah dikecewakan..kepada yang masih percayakan cinta walaupun cintanya telah dikhianati..kepada yang masih ingin mencintai,walaupun hatinya telah disakiti sebelumnya dan yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangun kembali kepercayaan terhadap cinta dan kasih sayang


Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat,, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut..


Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh,
penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat



Sungguh menyakitkan bila mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,,tetapi lebih sakit lagi bila mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu padanya..



Tuesday 6 March 2012

08/10/11

Aku tak pernah menyesal menyintaimu,yang kukesali mengapa tidak dari dahulu lagi aku mengenali dan mencintai dirimu..

Sunday 4 March 2012

Hati ni terkejut apabila melihat sesuatu yg aq syang telah membuatkan aku rsa seperti tidak berguna lagi..aq tahu aq ini tidak memberikan kebhagiaan dan aq ini membosankan..semua org kte camtu kat aq..aq x ksah,,aq trus cuba tp kini mmg aq sdar dan percye kte mereka psal diri aq..apa pown aq nk mintak maaf sngt2,,teruima ksih bhagiakn aq...bila difikirkn ag,,rse sdeyh,,nk ngis pown ad,,tp aq try kuatkn smngat aq,,aq x leyh lupakn org yg da snang membkak pintu hti aq nie,,

BILA CINTA TINGGAL SEJARAH...

Bila cinta tidak kesampaian aku bermonolog sendiri dimana silapnya. Mereka mengatakan jagalah kecantikan mu tiada yang lebih berkesan mengikat kekasih selain kecantikan luaran. Di depan cermin aku cuba mencari di mana cacat celanya diri ini namun yang aku temui hanya kesempurnaan yang sejak dari mula aku pertahankan demi untuk dia. Mungkinkah kerana kesempurnaan ini aku sering ditinggalkan? Kata orang kita tidak akan mendapat semuanya dalam hidup ini. Akan ada satu perkara yang kita pasti tidak akan berjaya mendapatnya. Dan bagi aku itu adalah CINTA.HAHAHA

RINDU SANG PENCINTA DIRIMU...


Kasih…Bila malam melabuhkan tirainya hatiku menjadi sayu. Rindu dedam terhadap mu semakin terasa. Terasa kehangatan airmata menitis dipipi bila kerinduan semakin tidak terbendung.
Kekasih…Hanya bulan pengubat rindu ini. Seperti yang pernah aku katakan kepada mu lewat warkah-warkah ku, bilamana kau merindui ku pandang la bulan dan seru la nama ku. Kerana ketika kau merenung bulan disana aku juga sedang merenung bulan disini. Bila sang bulan menunjukkan dirinya ketahuilah kasih ketika itu rinduku pada mu sedang memuncak. Ingin aku menjatuhkan diri dalam dakapan mu. Pastinya hangat sekali.
Kasih bila bulan tidak hadir di langit sana bukan bermakna aku tak rindu kepada mu. Tetapi mungkin bulan terlalu cemburu melihat betapa aku mencintai dan merindui dirimu. Kasih… aku rindu pada mu…

KILAUAN BINTANG CINTAKU...

Dari jauh aku memuja bintang indah nun jauh di sana. Apa kan daya hendak ku gapai tangan tak sampai, hendak ku abai terasa sayang. Kerlipannya yang bergemerlapan memukau pandangan insan. Persis intan berlian yang begitu berharga. Menghiasi langit terbentang. Menjadi pedoman kepada sang musafir di tengah lautan, mencetuskan ilham madah-madah cinta nan indah kepada sang pujangga. Sayang bukan aku tidak ingin berada di sisi mu, aku khuatir kilauan mu akan malap ditelan kegelapan yang menyelubungi diri ini…Biarlah aku terus memuja diri mu sebagai seorang pencinta rahsia agar kau terus bersinar dan melimpahkan cahaya suci untuk semua.

KEHADIRAN CINTA ITU.......


Bibir manusia terlalu mudah melafazkan cinta tapi dapatkah hatinya setia pada kita?…
Manusia tidak dapat lari dari bercinta kerana kehadiran cinta itu lazimnya tanpa diundang dan tanpa diharap. Hanya insan itu sahajalah yang dapat menilaikan adakah dirinya sudah bersedia menerima cinta itu atau tidak.
Cintai jangan sesekali dihampiri jika tidak sanggup menanggung risikonya. Cinta sememangnya indah kerana kita hidup dalam khayalan. Cinta sememangnya unik kerana kita asyik diulit mimpi yang indah-indah belaka. Apabila perpisahan mendatang barulah kita tersentak dari lamunan. Kemudian kita akan sedari cinta hanyalah permainan nafsu yang membawa kesengsaraan dan penderitaan yang amat menyeksakan.
Meskipun kesalahan atau kesilapan itu boleh dimaafkan tetapi janganlah berbicara sampai menyakiti dan menyinggung hati orang lain kerana kemaafan itu bukanlah pengubat hati yang terluka kerana hati yang terluka itu tetap akan terluka.
Biarlah kita menguasai cinta, jika gagal bererti kita masih berupaya melawan perasaan kecewa sekalipun teramat pedih, luka dan sengsara.

ERTI CINTA BAGIKU..

CINTA adalah ibarat air. Kita sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup kita, jika ia ibarat air di kutub utara-selatan maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita, jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan kita ke muara, jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah, jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru maka kita dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Maka jenis air manakah yang kita inginkan… Carilah mata air yang suci lagi murni…walaupun keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk sahaja. 
Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.

CINTA BARU.. :)


Bila seseorang jatuh cinta ketika dia sedang berduka kerana kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri. 
Amat mudah untuk kita membuka pintu hati kepada seseorang tetapi teramat sukar untuk kita menutup kembali pintu hati kita kepadanya selepas itu.Betapa indahnya apabila kita mencinta seseorang walaupun dia tidak membalas kembali cinta kita. Tetapi betapa bencinya hati apabila seseorang begitu mencintai kita tetapi kita tidak menyukainya walau sebesar zarah pun. Fikirlah… perasaanya sama seperti perasaan kita… ingin mencintai walaupun tidak dicintai. Hormatilah perasaannya tetapi usahlah memberikan harapan. 

CINTA..HAHA


Dalam perca-perca kenangan cinta, aku teringatkan titik permulaan aku mengenali diri mu. Beginilah cinta, mewarnai kehidupan kita semenjak kecil sehinggalah kita dewasa. Aku sering mengharapkan agar kau kekasih ku menoktahkan kebimbangan diri ini dalam percintaan. Mari kita buktikan pada dunia bahawa cinta kita ini suci dan abadi. Aku pegang erat janji mu, kita menuju gerbang cinta sejati. Jangan biarkan cinta ini karam di lautan sepi. Jangan biarkan kemenangan berpihak kepada mereka yang menjadikan cinta kita sebagai bahan perjudian. Mereka semua tidak berhak menilai percintaan kita, kerana rasa kasih dan sayang yang kita kongsi bersama ini hanyalah kita yang mampu memahaminya.
Aku umpama sang kumbang,  menyapa, memberi kasih  dan dirimu umpama sekuntum mawar cantik menawan dengan haruman menitip sayang lalu bermulalah suatu episod cinta agung antara kita.  
Cinta ini umpama secawan madu dengan hempedu. Dilimpahi dengan kemanisan tetapi juga dipenuhi dengan pancaroba. Jika kita ingin merasai kemanisannya, jangan lupa untuk bersedia merasai kepahitannya juga.